SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH
Sekolah Kebangsaan Seri Indah terletak di Taman Overseas Union, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.
Sekolah yang indah ini mendapat nama sempena kedudukannya berhampiran Bukit Indah di kawasan ini. Moto sekolah telah dibina bersama warga sekolah pada tahun 2001 iaitu “BERAKHLAK, BERILMU, BERJAYA”. Visi sekolah pula ialah
“ SK Seri Indah Cemerlang Dalam Kurikulum Dan Kokurikulum Zon Bangsar Menjelang 2012”. Misi sekolah ialah (i) Bekerjasama antara warga sekolah, ibu bapa juga komuniti untuk meningkatkan pencapaian pelajar. (ii) Melahirkan generasi abad 21 yang berwibawa untuk mengharungi ledakan maklumat dan proses globalisasi dan (iii) melahirkan individu yang berketrampilan, berdisiplin, berakhlak, cekap serta penghayatan Islam yang kental.
Sekolah ini mula beroperasi pada awal tahun 2001 dengan bilangan pelajar hanya 23 orang. Bilangan pelajar meningkat seramai 56 orang pada hujung tahun 2001. Sekolah yang permai ini mempunyai tenaga pengajar seramai 8 orang dengan 3 orang guru penolong kanan dan seorang Guru Besar. Kakitangan sokongan pula terdiri daripada dua orang iaitu seorang pembantu tadbir dan seorang pekerja awam rendah.
Terdapat 6 buah kelas yang ditawarkan iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6. Pada tahun 2002 , bilangan murid telah bertambah menjadi 106 orang, pada tahun 2003 enrolmen pelajar meningkat 124 orang dan tahun 2004 bilangan pelajar seramai 128 orang . Pada tahun 2004 kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dibuka. Bilangan pelajar Pendidikan Khas seramai 2 orang dengan seorang Guru Penyelaras dan seorang guru Pendidikan Khas.
Pada tahun 2005, kelas Pendidikan Khas dari SK Taman Desa telah dipindahkan ke sekolah ini . Kelas Pendidikan Khas yang berpindah ke sekolah ini telah mula beroperasi pada 17 Januari 2005.
Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah Puan Rokiah Bt Zakaria . Guru Penolong Kanan Tadbiran Dan Kurikulum ialah Puan Rahemah Bt Shafiee, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid ialah Puan Zainab Bt Muhamad dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum ialah En. Abdul Rashid Bin Idris.